Cara untuk membuat Kuih Getas / Gegetas. Anak-anak pasti suka.

Salam permulaan minggu baru semua. Siapa suka kuih ni? Bahan-bahannya pun tak banyak. Proses pembuatannya mudah sangat. Yang penting dapur tak bersepah dengan tepung. Anak-anak pun suka.

Kami panggil kuih ni kuih getas. Ada yang panggil gegetas. Tempat lain ada panggil nama lain tak? Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Shamsina Yahya. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 cawan tepung pulut.
  • 1 cawan tepung gandum.
  • 1/2 biji kelapa parut putih.
  • 1 sudu kecil garam.
  • 1 cawan air

Bahan-bahan untuk membuat Sira Gula:

  • 1/2 cawan gula.
  • 1/2 cawan air.

Cara-cara penyediaannya:

  1. Satukan tepung pulut, tepung gandum, kelapa parut dan garam. Ramas-ramas sehingga semua bahan sebati. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga doh tidak melekat di tangan.
  2. Sapukan minyak masak pada dulang dan tapak tangan. Ambil secubit doh dan bulat-bulatkan. Letak pada dulang dan tekan-tekan dengan 2 jari untuk meleperkan doh tadi. Jika nak buat bentuk lain pun terpulang anda. Ada yang buat bentuk macam kuih keria.
  3. Kemudian, gorengkan dengan api sederhana sampai warnanya kekuningan. Angkat dan ketepikan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuih Bangkit Cheese yang mudah serta enak untuk anda sekeluarga!

Cara-cara untuk membuat sira gula:

  1. Masukkan gula dan air dalam kuali. Masakkan campuran tadi sehingga air gula menjadi pekat dan seperti bertali.
  2. Masukkan kuih yang dah digoreng tadi dan kacau sampai gula tadi jadi putih dan melekat pada kuih.
  3. Akhir sekali tutup api dan angkat kuih yang telah disira. Siap untuk dimakan.

Selamat mencuba. Jangan lupa untuk kongsikan kepada yang lain ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.