Cara untuk membuat Kuih Lapis. Boleh dijadikan kuih untuk minum petang nanti!

Siapa suka kuih lapis? Save dulu boleh buat hari minggu ni ataupun petang nanti. Selamat mencuba. Resepi ini telah dikongsikan oleh Aezween. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 cawan tepung beras.
  • 1/2 cawan tepung gandum.
  • 1/2 cawan tepung jagung.
  • 1 cawan santan kotak kecil.
  • 3 cawan air masak.
  • 1 cawan gula.
  • 1 sudu teh garam.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Kisarkan kesemua bahan dan bahagikan kepada 2 bahagian.
  2. 1 letak pewarna merah dan 1 lagi biarkan putih sahaja. Kukus selapis-selapis selama 7 minit. Lapisan terakhir kukuskan selama 20 minit pula.
  3. Pastikan oles bekas dengan minyak sebelum kukus untuk mudah keluarkan kuih lapis nanti. Oles pisau dengan minyak pula untuk mudah potong kuih nanti.
Baca juga :  Kek ni pasti akan jadi kesukaan anda. Jom cuba Kek Lapis Asam Manis. Mudah je nak buat kek ni.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.