Cara untuk membuat Kuih Lepat Jagung yang lembut dan sedap. Bolehlah jadikan menu tambahan berbuka nanti.

Lepat jagung gediksss untuk berbuka puasa hari ni. Yummy, Anak-anak pun suka. Jiran-jiran pun suka rasanya. Adunan ni boleh dipelbagaikan dengan cendol, sagu dan jagung. Selamat mencuba. Resepi ini telah dikongsikan oleh Qaisara Irdina Sara. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 cawan tepung jagung atau (½ cawan tepung hongkwe ditambah ½ cawan tepung jagung).
  • 6 cawan santan dari 2 biji kelapa.
  • 1 sudu teh garam halus.
  • 1 ¼ cawan gula.
  • 1 tin jagung biji ayam brand.
  • Daun pisang di layurkan secukupnya.
Baca juga :  Resepi Kuih Pulut Berinti

Cara dan kaedah penyediaannya:

  1. Satukan tepung jagung, santan, gula dan garam. Sebatikan kemudian masukkan jagung dalam tin.
  2. Seterusnya, masak hingga pekat berkilat dan masukkan jagung lagi sebatikan. Biarkan adunan meletup-letup dan berkilat baru tutup api.
  3. Biarkan hingga adunan menjadi sedikit suam baru letak 1 senduk kecil dalam daun pisang dan lipat macam lepat.
  4. Sejukkan dalam peti ais semalam atau masuk freezer sekejap dalam 15 – 20 minit kalau nak cepat makan.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Baca juga :  Resepi Apam Beras

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.