Cara untuk membuat Kuih Puteri Ayu Cheese yang menjadi rebutan anak-anak anda nanti.

Saya kali pertama ni buat Kuih Puteri Ayu Cheese. Kita berinovasi dengan kuih ni. Alhamdulillah menjadi dan ramai yang suka. Terima kasih kepada Nitaharry. Ada ke yang nak resepi ni?

Bahan untuk bahagian cheese:

  • 250 gram cream cheese.
  • 5 sudu besar gula halus.
  • 2 sudu besar tepung gandum diayak.
  • 1 biji telur ayam.
  • 2 sudu besar susu cair atau susu full cream.

Campurkan kesemua bahan diatas dan mixer sebati. Bila dah siap masukkan kedalam piping bag.

Bahan untuk lapisan Puteri Ayu:

  • 1 cawan gula halus.
  • 2 biji telur ayam.
  • 1 sudu besar ovalette.
  • 1 sudu kecil esen vanila.
  • 1/2 cawan santan.
  • 1/2 cawan susu cair.
  • 2 cawan tepung gandum.
  • Beberapa Pewarna pilihan anda.
Baca juga :  Cara membuat Kuih Bahulu acuan Ikan

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Mixerkan telur dan gula halus sehingga sebati. Kemudian, masukkan ovalette ditambah bersama esen vanilla dan mixer lagi sampai adunan menjadi kembang putih.
  2. Seterusnya, masukkan susu cair, santan dan tepung. Mixer lagi sampai gebu. Bahagikan kepada beberapa bahagian untuk diletak pewarna pilihan anda.
  3. Masukkan adunan tadi kedalam piping bag supaya senang nak bubuh dalam acuan nanti.
  4. Kukus Lapisan cheese selama 5 minit. Kemudian masukkan adunan puteri ayu dan kukus pula selama 8 minit menggunakan api sederhana.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuih Bahulu dengan mudah

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.