Cara untuk membuat Kuih Seri Muka Gula Merah. Juadah sampingan berbuka puasa anda.

Selamat pagi semua. Alhamdulillah siap kuih berbuka petang ni. Elok pulak jadinye. Walaupun lama tak buat kuih seri muka gula merah ni. Selalu buat kuih seri muka pandan je.

Oklah kita buat dalam bekas pulak. Senang nak bagi jiran untuk berbuka nanti. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Badariah Abd Rahman. Terima kasih.

Bahan dan cara yang diperlukan untuk bahagian bawah:

  • 2 cawan pulut direndam selama 1 jam.
  • 2 1/2 cawan santan.
  • 1 sudu makan minyak.
  • Daun pandan yang disimpul.
  • Sedikit garam.

Kukus dalam loyang selama 10 minit dan angkat. Tuangkan santan dan garam secukupnya. Letak satu sudu makan minyak dan kacau-kacau. Kita kukus balik selama lebih kurang 20 minit. Tekan-tekan dan padatkan pulut dalam loyang. Kalau guna bekas kecil pun ok.

Baca juga :  Cara untuk membuat Kuih Pulut Sekaya @ Tok Aji Serban. Kuih terbaik untuk anda cuba!

Bahan dan cara untuk bahagian atas:

  • 1 cawan gula merah.
  • 1/4 cawan gula pasir.

Masakkan gula merah dan gula pasir bersama air sebanyak 3/4 cawan. Letak daun pandan yang telah disimpulkan tadi dan tapiskan. Sejukkan adunan gula tadi.

  • 1 cawan tepung gandum.
  • 2 sudu makan tepung kastad. Tepung jagung pun boleh.
  • 2 biji telur.
  • Sedikit garam.
  • 2 1/2 cawan santan.
  • 2 sudu makan kicap pekat.

Bancuhkan kesemua bahan diatas kemudian tapiskan. Wapkan adunan tadi kemudian tuang diatas adunan pulut. Kukus semula selama 1/2 jam atau sehingga semua masak. Sejukkan terlebih dahulu barulah dipotong. baru potongan kuih kita tadi nampak cantik atau oleh pisau dengan minyak atau marjerin sebelum potong.

Baca juga :  Cara untuk membuat Apam Kampung Gula Merah Bersarang. Memang laku keras la kuih ni!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.