Cara untuk membuat Kuih Swiss Tart Strawberry yang sangat lembut dan gebu!


Kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat Swiss tart strawberry. Dari malam tadi OT sampai pukul 4 pagi. Pagi ni sambung lagi. Sat lagi boleh le luruskan pinggang sat sementara nsk buat semperit dan mama carrie la pulok. Doakan saya dapat selesaikan tempahan secepat mungkin. Resepi ini adalah kepunyaan Puan Yati Yati.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 250 gm butter.
  • 85 gm gula icing (sy guna 70g).
  • 170 gm tepung gandum.
  • 170 gm tepung jagung.
  • 1 penutup esen vanila.
  • Coklat rice.
  • Filling strawbery untuk hiasan.
Baca juga :  Resepi untuk membuat Donut Kampung yang terlajak gebu bersama tips membuatnya yang sangat berguna.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Ayak tepung gandum dan tepung jagung dulu dan ketepikan.
  2. Satukan butter dan gula icing dan kacau sebati. Saya guna senduk je.
  3. Masukkan esen vanila dan kacau sebati lagi.
  4. Masuk tepung yang diayak tadi sikit demi sikit dan kacau hingga sebati. Akhir sekali masukkan coklat rice banyak mana yang anda suka dan gaul sebati perlahan-lahan.
  5. Adunan memang lembik sebab kita nak paipkan dalam piping bag yang dimasukkan nozzle dihujungnya.
  6. Boleh guna acuan samperit atau apa-apa acuan atau nozzle yang sesuai. Saya guna nozzle open star.
  7. Lepas paip tekan sikit atas kuih dengan jari untuk letakkan filling strawbery.
  8. Bakarkan pada Suhu 150 darjah selama 25 minit mengikut oven masing-masing.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuih Tepung Bunga. Kuih Tradisional daripada Terengganu.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.