Cara untuk membuat Kuih Tako Tanpa Sengkuang

Kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat Kuih Tako ni. Ada yang panggil kuih ni juga sebagai tepung pelita. Terpulang pada masing-masing dengan nama yang anda biasa panggil. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Fairus Daud. Terima kasih.

Percubaan pertama buat tepung pelita/kuih tako tanpa sengkuang. Hasil dari tengok beberapa resepi dari group ni, alhamdulillah menjadi. Saya gunakan bahan yang ada ja.

Bahan yang diperlukan untuk Bahagian Bawah (lapisan hijau):

  • 1 cawan tepung jagung.
  • 2 cawan air daun pandan.
  • 3 cawan air.
  • 1 cawan gula pasir.
  • 3 titik pewarna hijau.
Baca juga :  Resepi Kuih Tepung Pelita Mudah dan Cepat. Kuih yang paling laku ketika bulan Ramadhan!

Cara untuk membuat Bahagian Bawah:

  1. Masukkan kesemua bahan dalam kuali dan kacau sehingga sebati.
  2. Buka api dengan perlahan dan kacau adunan tadi sehingga agak pekat.
  3. Apabila sudah pekat, tutup api, dan sendukkan ke dalam acuan daun pandan yang telah disediakan awal.

Bahan yang diperlukan untuk Bahagian Atas (lapisan putih):

  • 1/2 cawan tepung jagung.
  • 2 cawan santan.
  • 2 cawan air.
  • Secubit garam.

Cara untuk membuatnya:

  1. Masukkan kesemua bahan dalam kuali dan kacau sehingga sebati.
    Buka api dengan perlahan dan kacau adunan tadi. Jangan pekat sangat, nanti kejadian dia tak rata.
  2. Sendukkan ke atas bahagian hijau yang dah keras tadi. Biarkan dalam 10 minit.
  3. Siap untuk dihidangkan. Kalau suke sejuk boleh sejukkan dalam peti sejuk sebelum dinikmati.
Baca juga :  Jom buat Takoyaki Tanpa Acuan. Senang je rupanya nak buat walaupun kita tak ada acuannya!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.