Cara untuk membuat Kuih Tradisional Lepat Labu.

Lepat labu ni payah jumpa tapi sedap sangat. Cara untuk membuatnya pun mudah je. Terima kasih kepada Nora Lisa kerana berkongsi cara membuat lepat labu ni. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 500 gram labu kuning. Dikukus dan dilecek.
  • 1 cawan tepung gandum.
  • 1 cawan tepung tepung beras.
  • 1/2 cawan pati santan.
  • 1 biji kuning telur.
  • 1 sudu teh garam.
  • Gula secukup rasa. Saya guna brown sugar.
  • Kelapa parut ditambah garam untuk inti.
  • Daun pisang yang telah dilayukkan dulu.
Baca juga :  Cara membuat Kek Pisang Coklat Kukus yang gebu teramat sangat. Rasanya memang terbaik!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Campurkan kedua-dua tepung kemudian masukkan kuning telur, santan dan gula kedalam labu yang telah dilecek. Jika adunan lembik sangat tambah sedikit tepung. Pastikan adunan ni tak terlalu lembik tau.
  2. Bubuh adunan 1 atau 2 sudu besar diatas daun pisang.
  3. Masukkan inti kelapa ditengah-tengahnya. Kemudian, bungkus seperti buat lepat biasa.
  4. Kukus sampai masak.

Selamat menjamu selera ya semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.