Cara untuk membuat Lala Masak Rendang Pecah Telur. Boleh habis sekuali kalau dah mula makan!

Lala ni memang kesukaan anak Kekna yang nombor dua ni. Mama dia masak ni dia seorang boleh habis sekuali. Kalau boleh hari-hari dia nak request mama masak yang ni je. Hahaha.

Jom Kekna share ye resipi ni. Yang mana tak ada idea nak masak apa tengah hari ni, boleh la terai. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Zana Mokhtar. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Lala yang dah di bersihkan dengan air limau.
  • Bawang merah – di kisar*.
  • Bawang putih – di kisar*.
  • Halia – seinci di kisar*.
  • Serai – dua batang di kisar*.
  • Cili kering – di kisar*.
  • Telur dua biji.
  • Sos Tiram.
  • Air Asam Jawa.
Baca juga :  Resepi dan Cara Membuat Rendang Kerang

Cara-cara untuk memasaknya:

  1. Bahan yang bertanda star tu di kisarkan bersama. Dan masuk kan pada minyak yang dah di panaskan dalam kuali ye.
  2. Setelah agak garing baru masukkan cili kering tadi dan biarkan sampai pecah minyak menumis tu.
  3. Setelah tu masuk kan dua sos tiram, sedikit garam, sedikit serbuk lada hitam.
  4. Gaulkan sebati dan masuk air asam jawa sedikit. Agak agak la ye jangan sampai pula bahan kita tumis tu jadi cair tau.
  5. Selepas tu pecahkan telur dan biarkan masak sehingga kering la.
  6. Selepas tu masukkan lala. Tapi lala tu toskan air betul betul sebab kita tak nak banyak air dalam kuali tu kan.
  7. Biarkan betul betul masak selepas tu angkat dan hidangkan. Senang kan nak buat ni.
Baca juga :  Cara untuk membuat Lala Masak Butter Cheese. Lemak berkrim disukai ramai punya!

Dipersilakan SHARE ye. Moga moga ia dapat manfaat membantu geng geng mak yang dekat dapur kekeringan idea setiap hari nak masak tu ye. Ok Selamat Mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.