Cara Untuk Membuat Masakan Ayam Phad Kra Phao. Resepi ini memang popular di Thailand!

Dah tak ada idea nak masak apa untuk menu berbuka puasa? Apa kata anda cuba resepi Ayam Phad Kra Phao ini iatu masakan popular dari Thailand. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Azwa Muhammad dan dipaparkan di Facebook Menu Apa Hari Ini. Terima kasih ya.

Bahan yang diperlukan bagi 2 orang:

  • Ayam yang dicincang halus.
  • 5 Sudu Besar Sos ikan.
  • 2 Sudu Besar Kicap.
  • 1 Sudu Kecil Secukup Rasa Maggi.
  • 2 Sudu Besar Gula.
  • Daun selasih / Basil leaves mengikut kesesuaian.
Baca juga :  Cara untuk membuat Agar-agar Santan Gula Melaka tak berair. Padu dan memang terbaik!
Sumber: https://glebekitchen.com/

Bahan perlu ditumbuk:

  • 1 biji besar Bawang merah.
  • 4 Ulas Bawang putih.
  • 8 biji Cili api merah.

Cara menyediakannya:

  1. Panaskan minyak kemudian masukkan bahan tumbuk. Kacau-kacau sehingga agak layu barulah dimasukkan ayam cincang tadi.
  2. Kemudian masukkan kicap, sos ikan, Secukup Rasa Maggi, gula dan daun selasih. Kacaukan sehingga ayam masak dan cukup semua rasa.
  3. Apabila dah siap boleh tutup api dan hidangkan bersama Nasi putih dan telur mata. Anda memang rugi kalau tak cuba.

Semoga membantu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.