Cara untuk membuat Mee Goreng Mamak. Padu dan pasti laku keras.

Cara untuk membuat Mee Goreng Mamak. Padu dan pasti laku keras. Caranya sangat simple dan hanya menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah je.

Terima kasih kepada Puan Aisha Ridwan untuk resepi ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 500 gram mee kuning.
  • 1/6 labu kubis.
  • 3 batang fish cake.
  • 10 ekor udang.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 2 sudu besar ibu sambal / cili kisar.
  • 2 sudu besar sos cili.
  • 1 sudu besar sos tiram.
  • 5 – 6 sudu besar kicap pekat manis.
  • 2 biji telur.
  • 3 sudu besar minyak masak.
Baca juga :  Cara untuk membuat Mee Sanggul Goreng Basah. Kesedapan yang lain dari yang lain. Mesti cuba tau!

Cara-cara untuk membuatnya:

  • Rendamkan sekejap mee kuning dengan air panas kemudian bilaskan. Siang dan kupas udang. Potongkan fishcake, potong kobis kecil-kecil dan ketuk bawang putih.
  • Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, fishcake & udang. Goreng sekejap sampai masak. (Jika suka boleh juga masukkan cucur udang dan tauhu goreng).
  • Masukkan ibu sambal/cili kisar, sos cili, sos tiram & kicap. Gaul sebati.
  • Masukkan mee dan kobis dan gaul sehingga sebati. Kemudia pecahkan telur, kocok dan tuang atas mee. Gaul sehingga telur agak kering dan sebati.
Baca juga :  Cara untuk membuat Sambal Kering Tempe yang sedap. Kudapan yang sukar untuk ditolak!

Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Kalau ada cili potong atau cili jeruk boleh makan besama. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.