Cara Untuk Membuat Mee Rebus Tulang Yang Sedap dan Mudah

Mee rebus tulang. Resipi warisan keluarga pemunya resepi ini buat untuk menjamu teman-teman yang datang berkunjung kerumahnya.

Resipi ini dah penah tersiar dalam group Facebook Masak Apa Harini Ini oleh Puan Anida Azmi. Kami kongsikan kembali resepi dan cara untuk membuatnya mana tau ada yang teringin nak cuba.

Bahan-bahan yang diperlukan dan cara membuatnya adalah seperti berikut:

Bahan dibawah ini perlu dikisar dan ditumis

  • 5 ulas bawang putih.
  • 7 biji bawang merah.
  • 1 inci halia.

Tumis hingga naik bau kemudian masukkan;

  • 1/2 cawan cili kering yang dah dikisar. Kacau sehingga naik bau.
  • Kemudian masukkan pula 1 kilogram tulang yang telah direbus sehingga empuk dengan 5 cawan air rebusan.
  • Masukkan pula bersama 1 /2 kilogram udang basah dibuang kulit dan direbus serta isinya dikisar (kulit boleh direbus dan amik airnya ya).
  • 3 biji ubi keledek direbus dan dikisar halus.
  • 1 cawan tauchu (dikisar halus).
Baca juga :  Resepi Kuah Kacang mudah. Sangat sesuai untuk dimakan bersama mee rojak, nasi himpit dan sate.

Biarkan kuah  tadi sehingga mendidih kemudian barulah dimasukkan;

  • 4 biji tomato dihiris.
  • 5 sudu besar sos cili.
  • 5 sudu besar sos tomato.
  • Garam gula dan serbuk perasa secukupnya.

Bahan-bahan dibawah ini pula adalah bahan untuk dihidangkan bersama kuah dan mee yang telah dicelur;

  • Taugeh yang dicelur, cucur tepung, cili yang telah hiris.
  • Telur rebus yang telah dipotong, sawi yang telah dicelur.
  • Daun sup dan daun bawang dihiris halus.
  • Bawang goreng, Tauhu yang digoreng dan dihiris nipis serta akhir sekali hirisan limau kasturi / nipis.
Baca juga :  Cara untuk membuat Mee Kuah Ayam terlajak sedap. Semangkuk tak cukup kome!

Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.