Cara untuk membuat Minuman Longan Soda Pudina yang sangat menyegarkan!

Cara untuk membuat Minuman Longan Soda Pudina yang sangat menyegarkan!. Kalau gi makan-makan, si Laila sukalah order longan soda ni. Selalunya, air ni datang dalam gelas besar. So, mamilah selalu jadi mangsa Laila tolong abiskan air ni.

Disebabkan si Laila suka sangat, so As cubalah buat sendiri. Caranya teramatlah mudah dan bahan senang didapati. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Asrinna Bakri. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 botol aiskrim soda.
  • 1 tin longan – buang air, ambil buahnya saja.
  • 3-4 batang serai – ketuk.
  • 1 biji lemon- hiris nipis. Boleh gantikan dengan limau sambal.
  • ½ genggam asam boi.
  • Sikit daun pudina – optional.
  • Ais batu secukupnya.
Baca juga :  Cara untuk membuat Soda Laici Herb. Minumkan yang akan menyegarkan anda serta-merta.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Dalam bekas yang sesuai, satukan semua bahan.
  2. Tuangkan aiskrim soda. Kacau sebatikan. Last sekali, masukkan ais.

Tu dia. Mudah rupanya nak membuatnya. Lepas ni, bolehlah buat selalu. Silalah save and share ya. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.