Cara untuk membuat Muffin oren yang menyegarkan. Padu dan sangat enak.

Orange Muffins is ready. Sesuai untuk dijamu kepada tetamu ataupun dibuat bekalan ke pejabat dan sekolah. Terima kasih kepada Puan Malnorashima Bt Ismail yang berkongsi resepi hebat ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 biji telur ayam gred A.
  • 1/2 cawan gula kastor.
  • 200 ml susu segar.
  • 1 sudu besar sunqick oren ditambah sedikit pewarna oren.
  • 90 ml minyak jagung atau minyak masak.
  • 2 cawan tepung kek dan di ayak.
  • 1/2 cawan buah-buah kering. Cuci dengan air panas dulu dan toskan.¬†Buah-buah kering ni separuh letak dalam adunan dan separuh lagi untuk letak atas muffin nanti.
Baca juga :  Kek Pandan Unicorn berwarna-warni memang sedap. Bau dia pun dah memang boleh buat selera anda terbuka!

Cara untuk membuatnya:

  1. Pukul telor bersama gula. Pukul guna tangan je sehingga kembang. Bila dah kembang letak susu dan sambung pukul lagi.
  2. Kemudian, letakkan perasa oren dan sambung pukul sampai sebati. Seterusnya letak minyak dan pukul lagi.
  3. Bila dah sebati baru masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau hingga rata dan sebati. Letak 3/4 adunan tu dalam cawan kertas.
  4. Jangan lupa masukkan buah-buah kering dalam adunan dan bakinya ditabur diatas muffin. Bakar adunan muffin dalam cawan kertas tadi pada suhu 170 darjah selama 30 hingga 35 minit menggunakan suhu atas dan bawah. Insha Allah adunan ni akan menghasilkan 14 biji muffin oren kita yang gebu dan sedap.
Baca juga :  Cara mudah untuk membuat Waffle gebu dan garing.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.