Cara untuk membuat Nasi Minyak yang mudah bersama resepi Daging Masak Briyani.


Rindu Dengan Menu Nasi Minyak Simple Ala-ala arwah bonda. Jadi Angah buat la kebetulan ada masa free arini. Inilah keberhasilannya.

Terima kasih kepada Puan Angah Izan untuk resepi yang mudah dan sedap ini. Selamat mencuba.

Bahan yang diperlukan untuk Nasi Minyak:

  • 3 cawan beras basmathi.
  • 1/2 cawan margerin/planta dan dicampur sedikit minyak sapi jika suka.
  • 3 1/2 cawan air.
  • 1 cawan susu cair.
  • 2 kuntum bunga lawang.
  • 2 batang kulit kayu manis.
  • 3 biji buah pelaga.
  • 2 helai daun pandan.
  • Garam secukupnya.
  • 1 kuib stok ayam.
  • Pewarna kuning

Bahan-bahan yang perlu dikisar:

  • 6 biji bawang merah.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 1 cm halia.

Bahan-bahan hiasan:

  • Bawang goreng secukupnya.
  • Daun bawang dihiris.
  • Kismis dan gajus secukupnya.
Baca juga :  Resepi dan cara untuk membuat Nasi Goreng Kerabu yang sangat menyelerakan anda sekeluarga.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan margerin dalam periuk. Tumis bahan yang dikisar.
  2. Masukkan bahan tumis rempah 3 sekawan bersama daun pandan sehingga naik bau.
  3. Masukkan beras yang siap dicuci, garam, air dan susu cair juga stok kiub ayam.
  4. Apabila nasi telah kering masukkan pewarna kuning. Letakkan bercapuk atau setompok-setompok. Tutup dan biarkan seketika.
  5. Setelah kering, kacau rata. Biarkan seketika dan setelah masak, bolehlah dihidang bersama bahan hiasan. Siap!

Bahan-bahan untuk Daging Masak Briyani:

  • 1 kilo daging direbus hingga lembut dan empuk.
  • 1/2cawan minyak.
  • 1 cawan air.
  • 125 gm rempah beriani.
  • 2 tangkai daun ketumbar.
  • Sedikit garam.
  • 2 biji kentang dipotong 4.
  • Sedikit susu cair.
  • 2 sudu cili kisar.
  • Sedikit biji gajus jika suka.
Baca juga :  Cara masak Nasi Kari Daging Tin

Bahan-bahan kisar:

  • 7 biji bawang merah.
  • 5 ulas bawang putih.
  • 3 labu bawang besar.
  • 1 1/2 cm halia.

Cara-cara untuk membuat Daging Masak Briyani:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan rempah beriani dan cili kisar.
  2. Masukkan daging dan daun ketumbar yang telah dipotong bersama kentang. Tambahkan ait dan garam dan perasa.
  3. Masak sehingga pekat. Hias dengan tomato ceri. Siap!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.