Cara untuk membuat Pepes Ikan yang sedap. Berebut dengan anak sebab sedap sangat.

Salam. Hari tu nampak rakan dalam group ni post pepes ikan, teringin dan teliur menengoknya. Maka hari ni sis gigih buat, jadi tak ni rakan-rakan? Jangan kecam ya, sis baru cuba buat ni!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Azizah Haji Mohd Asah. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 kg ikan kembung atau ikan selayang. Asingkan isi dan tulang.
  • Tepung ubi 500g.
  • 4 batang serai**.
  • 5 – 6 ulas bawang merah**.
  • 3 ulas bawang putih**.
  • 1 inci halia**.
  • 1 inci kunyit**.
  • Segenggam cili kering**.
  • 1 kiub ayam.
  • 1 kotak santan kara.
  • Secukup rasa.
  • Garam dan gula.
  • Daun pisang untuk membungkus.
Baca juga :  Cara untuk membuat Masakan Ikan Sardin Tin Masak Kari yang enak. Pasti anda sekeluarga puas hati!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Blend semua bahan-bahan bertanda ** kecuali isi ikan hingga lumat dan tuangkan dalam kuali. Masukkan sedikit minyak, kiub ayam, secukup rasa, garam, gula dan santan.
  2. Kemudian masak semuanya hingga pekat dan sejukkan sambal.
  3. Isi ikan kisar digaul dengan tepung ubi. Setelah sambal sejuk campurkan dengan ikan kisar tadi. Gaul rata isi ikan dan sambal. Pepes ikan ni nak rasa pedas-pedas manis. Lebih kurang rasa mcm otak-otak.
  4. Letakkan 1 sudu kecil adunan pepes atas daun pisang dan bungkus macam kuih koci kemudian kukus selama 20 minit. Nak bakar terus pun boleh, sis bakar atas kuali ajaib je.
  5. Masa nak makan bakar sekejap atas dapur. Makan panas-panas sedapnya. Selamat mencuba ya.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ayam Masak Kam Heong. Kesedapan sehingga menjilat jari

One thought on “Cara untuk membuat Pepes Ikan yang sedap. Berebut dengan anak sebab sedap sangat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.