Cara untuk membuat Pes Ikan Bakar yang enak bersama air asam kerisik. Mudah nanti nak buat ikan bakar kemudian hari.

Cara untuk membuat Pes Ikan Bakar yang enak. Mudah nanti nak buat ikan bakar kemudian hari. Terima kasih kepada Puan Sharla Rose untuk resepi mudah ini.

Bahan-bahan kisar:

  • 1/2 biji bawang holland.
  • 8 biji bawang merah.
  • 2 sudu kecil udang kering.
  • 3 biji cili merah.
  • 2 inci lengkuas.
  • 2 inci halia.
  • 4 hingga 5 batang serai.
  • 5 helai daun limau purut.
  • 10 tangkai cili kering.

Kisarkan kesemua bahan di atas sehingga halus.

Bahan-bahan lain:

  • 6 sudu cili blend.
  • 2 sudu kecil gula melaka.
  • 1 keping asam keping.
  • Garam dan gula secukupnya.
  • Minyak dan serbuk secukup rasa.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan minyak, tumis semua bahan kisar tadi sampai naik aroma wangi. Tumis hingga warna tu dah jadi sedikit kekuningan.
  2. Masukkan cili kisar dan asam keping. Gunakan api sederhana untuk beberapa minit, tumis sampai pecah minyak.
  3. Akhir, masukkan gula melaka dan serbuk perasa. Tunggu sehingga pecah minyak sekali lag. Siap.
  4. Sediakan daun pisang yang agak besar, supaya tiada pes yang mengalir keluar lepas bakar.
  5. Letak ikan atas daun pisang dan lumurkan pes tadi atas ikan. Lumur dalam perut sekali sampai rata. Nak pes tu masuk dalam isi ikan sekali.
  6. Bakar selama 30 minit. Terbalik-balikkan ikan supaya masak semua. Siap.
Baca juga :  Cara membuat Sambal Tomato Ayam Penyet

Selamat menjamu selera. Cara untuk membuat air asam kerisik boleh tengok sini. Resepi Lengkap untuk membuat Nasi Daging Utara bersama Air Asam Kerisik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.