Cara untuk membuat Popcorn Karamel. Mudah, Sedap dan pastinya disukai anak anda.

Cara untuk membuat Popcorn Karamel. Mudah, Sedap dan pastinya disukai anak anda. Terima kasih kepada empunya resepi namun nama pemilik resepi tidak dapat dikenalpasti. PM kami jika resepi ini adalah milik anda.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 cawan bertih jagung.
  • 2 sudu besar butter / majerin.
  • 3 sudu besar minyak.
  • Secubit garam.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Gunakan Api kecil ya. Masukkan minyak dalam kuali. Cairkan butter dalam minyak tu kemudian masukkan garam dan biarkan sekejap.
  2. Kemudian, masukkan bertih jagung dan gaul sebati. Jangan lupa tutup kuali tu. Nanti berebut rebut popcorn melompat keluar.
  3. Nanti akan bunyik meletup-letup. Bila dah senyap takde bunyi baru buka tutup kuali tu.
  4. Tutup api tuangkan popcorn ke dalam bekas kedap udara.
Baca juga :  Cara untuk membuat Tapai Pulut yang terbaik untuk anda cuba. Guna bekas kecil je dan Pasti jadi!

Cara untuk membuat karamel pula, bahan-bahan diperlukan adalah:

  • 3/4 cawan gula.
  • 2 sudu besar susu pekat.
  • 2 sudu besar butter/majerin.
  • 1 sudu teh esen vanila.

Cara-cara membuatnya:

  1. Kuali yang sama lap sikit dengan tisu. Gunakan api yang kecil ya.
  2. Masukkan gula dan cairkan. Bila dah cair masukkan susu, esen vanila kemudian gaul dan sebatikan.
  3. Kemudian, masukkan butter dan kacau-kacau sekejap. Dah siap karamel kita baru tutup api.
  4. Masukkan popcorn yang dah siap tadi kedalam kuali berisi karamel kemudian kacau laju-laju bagi karamel salut rata.
  5. Jika nak lagi rangup, boleh bakar sekejap. Masukkan popcorn ke dalam loyang dan ratakan. Pastikan alas baking paper yer. Bakarkan selama 20 hingga 25 minit pada suhu 120 darjah. Jangan lupa untuk panaskan oven terlebih dahulu ya.
  6. Dah siap bakar, sejukkan dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Baca juga :  Resepi Kek Karamel Coklat Moist

Selamat mencuba. Semoga Allah Cukupkan Rezeki Kita Sentiasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.