Cara untuk membuat Puding Jagung 4 Bahan yang menawan. Pasti Sedap dan laku keras.

Kami nak kongsikan resepi dan cara untuk membuat Puding Jagung yang diberikan oleh Puspa Mimi. Kata Puspa

Masa kecil dulu suka la nengok mak kacau-kacau puding ni. Eh tau-tau dah siap je untuk dimakan. Semudah 4 bahan je tak termasuk air. Kacau-kacau 8 minit dah siap.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 cawan tepung kastard.
  • 3/4 cawan gula putih.
  • 1 kotak kecil santan kotak atau 1 cawan santan segar.
  • 1 1/2 cawan air.
  • 1 cawan krim jagung tin.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Masukkan kesemua bahan dalam periuk bersama secubit garam.
  2. Kacaukan adunan tadi diatas api sederhana sehingga likat dan pekat. Bila dah likat tu guna api yang paling slow.
  3. Kemudian, tuangkan adunan yang likat tadi kedalam loyang atau bekas atau acuan lompang. Pastikan loyang / bekas / acuan lompang disapu margerin terlebih dahulu supaya mudah untuk keluarkan puding nanti.
  4. Bila dah sejuk, baru potong mengikut saiz yang dikehendaki. Jangan potong panas-panas nanti tak lawa sebab lembik.
  5. Siap untuk dihidangkan dan sesuai sebagai menu minum petang anda. Selamat mencuba.
Baca juga :  Resepi Kuih Cucur Jawa atau Penyaram. Rasa sekali pasti nak banyak lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.