Cara untuk membuat Roti Pretzel yang sangat Lembut dan sedap!

Setelah pizza saya minggu lepas mendapat sambutan tetamu di hari raya ni, hari ni saya buat “garlic butter soft dough pretzel” pula. Resipi ni pun boleh tahan menarik sebab rupa dia yang agak unik. Korang try la, pasti puas hati punya.

Resepi ini adalah kepunyaan Mohd Afyf. Terima kasih.

Bahan-bahan untuk doh:

  • 1 cawan susu segar.
  • 1 paket yis kering (mauripan).
  • 3 sudu besar gula perang.
  • 2 1/4 cawan tepung high protein.
  • 1/2 sudu kecil garam.
  • 1 sudu kecil pelembut roti.

Bahan-bahan untuk sapuan topping:

  • 5 ulas bawang putih (didadu).
  • 2 sudu besar planta.
  • Kuning telur.
  • 1/2 sudu kecil parsley kering.
Baca juga :  Resepu Lengkap Kuih Bingka Durian. Kuih lagenda ini memang sedap untuk minum petang anda!

Cara-cara membuatnya:

  1. Campur yis dengan air, tunggu hingga yis mengembang. Gaul tepung dengan air bercampur yis tadi.
  2. Masukkan pelembut roti, garam, gula perang dan susu segar. Uli tepung 10 minit (kalau tak pakai mixer).
  3. Masukkan adunan ke dalam bekas dan tutup dengan kain – biar 2 jam. Selepas 2 jam, dh bole start guna.
  4. Uli doh dan bentukkan ia macam tali memanjang. Bulat dan bentukkan doh seperti pretzel kemudian letak atas pan yang disapu mentega.
  5. Rehatkan 10-15 minit. Selepas tu baru masukkan dalam oven yang dah di pre-heat selama 10 minit (suhu oven 180°c api atas bawah).
  6. Keluarkan dan sapu dengan bahan sapuan topping atas dan bawah dan taburkan parsley.
  7. Masukkan semula ke dalam oven selama 15 minit atau sehingga pretzel anda keperangan.
Baca juga :  Resepi Bread Butter Pudding (Versi Bakar)

Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.