Cara untuk membuat Salad Makaroni Buah. Salad popular dari Negeri Sabah.

Setelah berbulan kita berPKP semoga ada sinar buat kita semua kembali normal seperti biasa. Biasa dekat Sabah salad buah ni banyak di bazar Ramadhan tapi tak tahu lah ramadhan tahun ni macam mana kan jadi Ira share siap siap buat rujukan korang manalah tahu tiba tiba family request.

Resepinya sangatlah mudah main campak campak je. Cuma yang istimewanya Ira pakai agar-agar or jelly perisa anggur yang buat rasa dia lebih sedap lagi. Resepi ini telah dikongsikan oleh Nur Shafirah Salleh.

Bahan bahan diperlukan:

  • 500g makaroni rebus dan toskan.
  • 1/2 cawan susu pekat.
  • 1/2 cawan mayonis Lady’s Choice.
  • Serbuk agar agar perisa anggur (gula 4 sudu besar ditambah bersama air 700ml).
  • Buah campur dalam tin.
  • Buah laici.
Baca juga :  Cara untuk membuat Jeruk Mangga Asam Boi Krup Krap yang sangat rangup dan sedap.

Cara-cara membuatnya:

  1. Masukkan gula dan air kedalam periuk dan didihkan bersama serbuk agar-agar jelly perisa anggur.
  2. Kemudian tuang ke dalam loyang dan biarkan beberapa minit. Setelah ia mengeras hiris dadu ikut saiz comel-comel yang anda suka.
  3. Rebus makaroni sehingga lembut, bilas dengan air sejuk dan toskan.
  4. Masukkan susu pekat ke dalam bekas makaroni, mayonis dan agar-agar yang sudah di potong dadu.
  5. Masukkan buah campuran dalam tin dan laici. Gaulkan sebati dan siap untuk dimakan. Lagi banyak buah lagi sedap.
Baca juga :  Resepi Agar-agar Santan Gula Melaka

Makan masa sejuk-sejuk baru keluar peti ais tu confirm ndak tahan sehari habis sebekas. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.