Cara untuk membuat Sambal Belacan Isi Ikan Goreng Terlajak sedap. Rasa sekali tambah nasi berkali-kali nanti!

Sambal belacan ni saya olah resepinya macam ala-ala resepi bonda rozita. Memang sangat sedap dan membuka selera kami sekeluarga. Semalam ada tengok video dekat page bonda rozita. Perrghhh sedap! Tak pandang dah asam podeh dekat periuk tu.

Terima kasih kepada Farah Lullaby’s kerana berkongsi resepi beliau yang begitu mudah untuk disediakan. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Ikan selar digoreng kunyit dan garam.
  • Cili merah dan hijau.
  • Bawang kecil.
  • Belacan.
  • Garam dan gula.
  • Limau kasturi.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kerabu Ikan Bilis

Untuk makluman, bahan yang disediakan mengikut citarasa masing-masing nak banyak mana.

Cara-cara membuatnya:

  1. Goreng sekejap cili, bawang, belacan sehingga agak layu sedikit.
  2. Lepas tu buangkan tulang ikan dan ambil isinya sahaja. Jangan lupa ambil isi di pipi ikan sekali.
  3. Kemudian, masukkan semua bahan yang dah digoreng tadi dalam lesung batu termasuklah juga garam dan gula. Tumbuk sekuat hati sampai lumat.
  4. Bila dah lumat perahkan limau ikut kemasaman yang anda suka. Pastu kacau-kacau je dengan sudu.
Baca juga :  Cara untuk membuat Sambal Cuka atau Sambal Jantan. Kena sekali pasti tak cukup nanti.

Dah siap. Masukkan sikit nasi panas-panas dalam lesung tu korek sambal yang tinggal kemudian ngappp. Selamat mencuba ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.