Cara untuk membuat Sambal Cuka atau Sambal Jantan. Kena sekali pasti tak cukup nanti.


Buat sambal cuka atau sambal jantan orang Kelantan bagi nama. Bila sis tunjuk nasi belauk ada sambal, ramai tanya cara nak buat. Jom sis kongsikan resepi sambal cuka cara sis.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Noor Hafiza Mohamad. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Cili padi merah secukupnya mengikut kepedasan dan banyak mana yang nak dibuat.
  • Sedikit cuka.
  • 8 sudu besar Gula.
  • 1 sudu kecil Garam.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Kisarkan cili 1 mangkuk, gula 8 sudu, garam 1 sudu dan sedikit cuka. Sis masukkan sikit demi sedikit sebab taknak terlalu cair dan tak terlalu pekat. Sambal mestilah nampak likat, lebihkan manis dan cukup rasa masin masam.
  2. Dah siap kisar semua, masukkan dalam bekas bertutup biarkan semalaman. Esok baru simpan dalam peti sejuk.
  3. Sambal ni pedas berapi masa mula-mula buat, lama-lama nanti pedas akan berkurang.
Baca juga :  Cara untuk membuat Cendawan Celup Tepung yang garing, rangup dan enak!

Boleh tahan sebulan dalam peti sejuk. Jimat. Kalau nak cicah dengan ikan rebus, tambahkan sedikit lagi cuka bagi cair. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.