Cara untuk membuat Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak yang sangat enak dan terbaik!

Kami nak kongsikan kepada anda Cara untuk membuat Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak yang sangat enak dan terbaik! Pasti hidangan nasi lemak anda akan bertambah sedap dan tak cukup sepinggan nanti. Terima kasih kepada Puan Nurul Ateekah untuk resepi yang padu ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Ikan Bilis 1 cawan dibersihkan.
  • *Cili Kering 15-20 batang.
  • *Bawang Besar 5-7 biji.
  • *Bawang putih 10 ulas.
  • *Belacan 2-3 cm (dibakar seketika) .
  • Serai 1 batang (dikatok).
  • 1 helai Daun pandan (disimpul).
  • Perahan air asam jawa (3 sudu besar).
  • Gula pasir secukupnya.
  • Gula Melaka 2 sudu besar.
  • Serbuk Perasa(jika mahu).
  • Garam dan Minyak masak secukupnya. Minyak kena banyak tau.
Baca juga :  Suka tak Popia Goreng Sira ni? Jom kita buatnya sendiri. Mudah dan yang penting puas hati dengan kesedapanya!

Gunting cili kering dan rebuskan sehingga lembut. Toskan airnya dan bilas cili kering yang telah direbus tadi. Kisarkan sekali dengan bahan yang bertanda *.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan yang telah dikisar tadi termasuk serai dan daun pandan. Tumis sehingga pecah minyak dan kering. Perlahankan API supaya cilinya betul-betul masak. Masak sekurang-kurangnya 1 jam 30 minit.
  2. Kemudian masukkan air asam jawa dan Gaulkan hingga sebati.
  3. Masukkan gula, gula melaka, serbuk perasa dan garam kemudian gaulkan rata.
  4. Masukkan ikan bilis dan Gaulkan rata sehingga ikan bilis masak.
  5. Angkat dan siap untuk dihidangkan.
Baca juga :  Cara membuat Murtabak Ayam atau Daging

SELAMAT BERBUKA PUASA DAN MENJAMU SELERA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.