Cara untuk membuat Sambal Ikan Goreng. Resepi yang bakal membuka selera anda. Percayalah!

Kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat Sambal Ikan Goreng. Resepi yang bakal membuka selera anda. Percayalah! Boleh di try. Nak buat pun sangat mudah.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Dayang Aasyiah Hm. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Isi ikan yang telah digoreng atau dibakar.
  • Daun Bawang secukupnya.
  • Cili, minyak, garam, msg dan gula secukupnya.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Ambil ikan Sardin, ikan basung, atau apa saja jenis ikan. Boleh bakar, goreng atau rebus pun boleh.
  2. Sediakan cili pedas tumbuk mengikut citarasa sama ada segenggam ke dua genggam ke. Janji sendiri happy.
  3. Ambil isi ikan yang telah di masak tadi, tumbuk bersama cili. Setelah hancur, alihkan ke dalam mangkuk mengikut saiz. Gaul bersama daun bawang.
  4. Letak garam, perisa msg/gula dan seimbangkan rasa mengikut citarasa anda sendiri. Letak sedikit minyak, goreng sehingga garing dan kering air bagi yang guna ikan rebus.
  5. Sedia untuk dimakan dalam keadaan panas.
Baca juga :  Resepi Sambal Belacan campur Mangga yang sangat menyelerakan.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.