Cara untuk membuat Sambal Penyet sebagai pembuka selera anda sekeluarga.

Cara untuk membuat Sambal Penyet sebagai pembuka selera anda sekeluarga. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Zurina Zulkefli. Kata beliau;

Jarang-jarang saya buat sambal penyet. Hari ni kebetulan beli banyak tomato, jadi saya masak sambal penyet buat stok dalam peti. Esok lusa kalau teringin nk makan pedas, makan je dengan sambal penyet ni ha dengan nasi panas-panas. Resepinya mudah sahaja.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 7 biji tomato merah.
  • 5 tangkai cili merah besar.
  • 20 tangkai cili merah kecil.
  • 2 biji bawang merah.
  • 2 ulas bawang putih.
  • Sedikit belacan.
  • Garam dan gula secukupnya.
  • Minyak masak.
Baca juga :  Cara-cara untuk membuat Pulut Panggang inti sambal ikan. Menu minum petang paling enak untuk anda sekeluarga!

Cara-cara memasak sambal penyet:

  1. Panaskan setengah cawan minyak masak ke atas kuali. Masak bawang merah & bawang putih hingga berbau harum.
  2. Masukkan semua tomato dan masak sampai lembik.
  3. Masukkan semua cili merah dan belacan, gaul sebati bersama tomato tadi. Padamkan api dapur dan rehatkan masakan seketika sehingga suhu menjadi suam.
  4. Kemudian, kisarkan masakan ke dalam blender tapi jangan kisar terlalu kerap. Elakkan sambal penyet menjadi halus. Kita tak nak tekstur sambal penyet mcm cili boh.
  5. Sesudah kisar, masukkan semula ke dalam kuali dan masak sehingga warna sambal menjadi lebih gelap dan pecah minyak.
  6. Akhir sekali citarasakan sambal dengan garam dan gula secukupnya. Sedia dimakan bersama nasi panas dan ikan goreng.
Baca juga :  Cara membuat Spicy Buttermilk Spaghetti. Rasanya memang sedap dan tak muak.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.