Cara untuk membuat Sandwich Sardin Celup Tepung. Menu terbaik minum petang dan sarapan pagi anda sekeluarga.

Kami nak kongsikan kepada anda c ara untuk membuat Sandwich Sardin Celup Tepung. Menu terbaik minum petang dan sarapan pagi anda sekeluarga. Kadang-kadang tu mesti dah naik muak nak makan roti dengan jem dan kaya. Apa kata cuba resepi yang sangat mudah ni pula. Mesti terangkat punya.

Terima kasih kepada Puan Farisha Sofea kerana berkongsi resepi ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 10 keping roti gardenia.
  • Mentega secukupnya.
  • 1/2 biji bawang holland dihiris.
  • 1 tin sardin.
  • 2 sudu besar pes cili.
  • 2 sudu besar sos cili.
  • Cili padi dipotong kecil jika suka pedas.
  • Garam dan gula secukup rasa.
  • Sedikit jus lemon.

Bahan-bahan untuk tepung menggoreng / batter:

  • 1/2 cawan tepung gandum.
  • 1/2 cawan tepung beras.
  • 1/4 cawan tepung bestari.
  • 1 – 2 cawan air sejuk .
  • Sedikit serbuk kunyit.
Baca juga :  Resepi Bun Manis dan Cara membuat Roti Sisir

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Potongkan roti gardenia menjadi segi tiga. Sapukan roti dengan mentega kemudian ketepikan seketika.
  2. Untuk menyediakan adunan batter, satukan kesemua bahan kecuali air sejuk dan kacau sebati.
  3. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sambil dikacau rata. Adunan mestilah tidak terlalu pekat atau cair. Kemudian ketepikan seketika.
  4. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang holland bersama pes cili. Masukkan sardin, sos cili, garam dan gula secukup rasa. Masak seketika.
  5. Masukkan juga potongan cili padi jika suka. Akhir sekali masukkan sedikit jus lemon. Sejukkan seketika.
  6. Setelah sardin sejuk, panaskan minyak secukupnya dengan menggunakan api sederhana. Letakkan sardin di atas roti yang telah disapu dengan mentega tadi.
  7. Tutupkan atasnya dengan sekeping lagi roti. Kemudian celupkan roti ke dalam adunan batter dan goreng sehingga garing. Angkat dan toskan.
  8. Siap dan sedia untuk dihidangkan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Penjan Ubi Kayu. Menu manisan Tradisi orang-orang lama.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.