Cara untuk membuat Somtam

Sape sini peminat somtam? Mana best somtam mangga atau somtam betik atau yang campur? Ada somtam tak makan nasi pun tak pe dah. Ratah je.

Resepi ini telah dikongsikan Oleh Page Masakan Kampung dan gambar oleh Puan Umi Danish Ziqri. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 mangkuk parutan betik muda.
  • 1 biji tomato | dadu kecil.
  • 4 biji cili padi.
  • 2 ulas bawang putih.
  • 1 biji limau nipis | perah jusnya.
  • 2 sudu makan gula kabung Thai.
  • Kicap ikan secukupnya.
  • 1 sudu makan kacang tanah | kisar kasar.
  • 1 sudu makan udang kering Thai | goreng.
  • Garam secukupnya.
Baca juga :  Resepi dan Cara Untuk Membuat Kerabu Pucuk Paku. Pelengkap sajian yang terbaik!

Cara untuk membuatnya:

  1. Di dalam lesung, masukkan gula kabung Thai, tumbuknya hingga hancur.
  2. Kemudian masukkan cili padi dan bawang putih. Tumbuk lagi.
  3. Masukkan tomato, kicap ikan secukupnya dan jus limau nipis.
  4. Gaul rata dan sebatikan rasa agar seimbang rasa pedas, masin, manis dan sedikit rasa masam.
  5. Dalam mangkuk satukan betik, udang kering dan kacang tanah serta sos yang telah disediakan tadi. Gaul sebati dan sedia untukĀ  dihidangkan.

Selamat mencuba.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.