Cara untuk membuat Sos Istimewa Char Kuey Teow. Sedap sangat!

Kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat sendiri Sos Istimewa untuk memasak Char Kuey Teow. Bahan-bahanya mudah sahaja. Bila masak sepinggan-sepinggan lagi sedap. Bila rasa nak makan je dah boleh buat bila-bila masa sebab sos dah ada.

Menurut Fatin Nur Izzah, dia dah cuba guna kepala udang sahaja tapi tak menjadi. Jadi dia olah sendiri. Kalau nak bagi tahan lama simpan dalam freezer. 1 bekas macam dalam gambar tu boleh buat sampai 4 bungkus kuey teow. Cubalah.

Bahan-bahan dan langkah-langkah menyediakan ada dibawah:

1. Rebus Kepala udang termasuk kulitnya sekali. Bila air rebusan dah sejuk. Kisarkan bersama kulit udang tadi sehingga habis.

Baca juga :  Resepi Nasi Ayam Mandy. Satu keluarga pasti menyukainya lebih-lebih lagi ayamnya yang sedap tu!

2. Kemudian air rebusan yang telah dikisar ditapis untuk membuang hampas yang bersisa dan buang.

3. Campurkan kedalam air tapisan tadi 2 senduk kicap manis, 2 senduk kicap pekat, 2 senduk sos tiram, 2 kiub ikan bilis dan 2 sudu cili boh. Kacau sehingga sebati. Kemudian tambahkan beberapa ulas bawang putih yang telah diketuk.

4. Masak air rebusan tadi diatas dapur menggunakan api yang perlahan selama lebih kurang 30 minit ataupun lebih sehingga air rebusan tadi bertukar masak dan pekat sedikit. Apabila dah sejuk, boleh disimpan didalam bekas dan guna bila ingin memasak.

Baca juga :  Siapa suka makan Kuey Teow Theng? Jangan risau, kami kongsikan kepada anda cara untuk membuatnya!

Cara untuk memasak Char Kuey Teow:

Tumiskan 2 ulas bawang putih. Kemudian masukkan udang dan letak 1 senduk Sos Istimewa Char Kuey Teow tadi. Tambahkan sedikit air dan masukkan kuey teow. Pecahkan sebiji telur dan akhir sekali masukkan taugeh dah daun kucai. Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.