Cara untuk membuat Sup Ketam yang sedap dengan mudah.

Resepi tak sama setiap orang . Ada pelbagai resepi cara nak masak sup ketam ni. Tepuk dada tanya mana yang berselera di tekak haa giteww. Yang pasti sup ketam ni memang sedap dan sesuai sangat dengan keadaan musim hujan yang sejuk ni. Hirup panas-panas memang terbaik la. Terima kasih kepada Hamizah Hassanudin untuk resepi ini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 4 ekor ketam dibelah 2 atau lebih.
  • 2-3 biji kentang.
  • 1 batang carrot.
  • sebungkus Sup bunjut.
  • Kiub ayam (jika suka).

Bahan-bahan tumbuk:

  • 5 ulas bawang merah.
  • 4 ulas bawang putih.
  • Setengah inci halia.
  • Lada hitam sedikit.
  • Daun sup.
  • Daun bawang.
  • Bawang goreng.

Cara-cara nak masak sup ketam:

  1. Tumbuk semua bahan tumbuk tadi. Tumbuk kasar kasar pun boleh. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk sehingga garing yek.
  2. Masuk kan halia. Tak kisah nak hiris bentuk mancis boleh bentuk leper pun boleh.
  3. Lepastu masuk kan ketam. Cuci bersih , buang insang dan kotoran dalam tu tau.
  4. Gaul sebati dengan bahan tumisan tu tadi. Gaul sekejap bagi rata.
  5. Lepastu masukkan air.ikut nak kuah lebih masukkan lebih. Nak kuah sikit kurangkan.
  6. Lepastu masuk kan sup bunjut. Kalau takde boleh masuk kan hat 3 sekawan tu jer.
  7. Masukkan kentang pulak. Tak kisah potong macam mana. Nak dadu, nak baji,nak petak nak lonjong. Kemudian, masukkan carrot pulak.
  8. Masak kentang/lobak agak empuk .Renih dengan api perlahan supaya isi ketam mesra dengan kuah.
  9. Perasakan dengan masukkan garam dan serbuk ayam sikit . Adjust rasanya nanti. Tambah mana kurang yek. Masukkan lada hitam yang dah di tumbuk sikit. Kalau ada lada putih pun sedap.
  10. Masukkan daun sup dalam tu pulak. Daun bawang pun sama. Bukan membawang tau. Buh sekali bawang goreng. Bagi wangi bau sup tu nanti.
  11. Adjust rasa semua. Taraa dah siap. Simple dah mudah je.
Baca juga :  Begini caranya untuk membuat Nasi Ayam Mandy. Pasti laku keras dan puas hati dengan hasilnhya nanti!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.