Cara untuk membuat Tortilla Ayam yang rangup

Kami kongsikan kepada anda cara untuk membuaty Chicken tortilla / tortilla ayam yang rangup dan mudah untuk disediakan. Sesuai untuk makan pagi atau pun snak malam. Buat bekal pun okay. Terima kasih Fatien Zaini untuk resepi ini. Kata dia;

Bila buat sendiri ni puas hati. Boleh letak sayur dan ayam banyak-banyak.

Bahan-Bahan yang diperlukan adalah:

  • Roti tortilla (mission wrap).
  • Isi ayam bahagian dada yang dipotong kecil.
  • Salad, Tomato dan Carrot dihiris halus-halus.
  • Timun dan kobis juga perlu dihiris halus-halus.
  • Mayonis, Sos cili dan Sos Thousand Island secukupnya.
  • Sebiji Telur ayam untuk menggoreng ayam.
Baca juga :  Cara untuk membuat Pes Tomyam yang sedap dengan mudah! Kerja menomyam anda makin senang nanti!

Cara Membuat tortilla ayam:

  1. Roti mission Wrap dibakar menggunakan frying pan seadanya. Jangan sampai rangup atau hangus.
  2. Isi ayam tadi digaul bersama dengan garam kemudian celupkan dalam telur serta tepung goreng cap bestari dan di goreng sehingga masak.
  3. Letakkan tortila serta bahan-bahan tadi ayam, salad, lobak, timun, sos cili, mayonis dan sos thousand island kemudian gulung.
  4. Siap untuk di makan.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.