Cara untuk membuat Udang Masak Kam Heong yang menyelerakan. Resepi gerenti tambah nasi ni tau.

Assalamualaikum selamat sejahtera semua. Saya nak kongsikan cara untuk membuat udang masak Kam Heong cara saya yang menyelerakan. Resepi gerenti tambah nasi ni tau. Kali pertama cuba alhamdulillah sedap kena dengan selera.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Yuni Kamaruddin. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Udang secukupnya.
  • 8 biji cili padi.
  • 1 biji bawang merah besar.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 2 tangkai daun kari.
  • 2 sudu sos tiram.
  • 3 sudu sos cili.
  • Sedikit kicap manis.
  • 1 sudu serbuk kari.
  • Serbuk kunyit.
  • Daun ketumbar.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ayam Masak Kam Heong. Kesedapan sehingga menjilat jari

Cara-cara memasak:

  1. Bawang putih dan merah di potong dadu. Cili tu nak guna cili merah semua pun takpe. Daun kari wajib ada kalau tak, tak jadi kam heong.
  2. Perap udang dengan serbuk kunyit, garam dan gula. Tujuan letak gula bagi cantik udang waktu goreng nanti. Kemudian, Goreng udang separuh masak dan ketepikan.
  3. Tumis kesemua bahan tumis tadi sehingga garing. Pastikan jangan hangit tau!
  4. Masukkan serbuk kari, sos cili,kicap dan sos tiram. Masukkan air sedikit dan kacau sebati.
  5. Akhir sekali masukkan udang. Kacau sebati sekejap sebab udang dah separuh masak. Garam saya dah tak letak sebab masa perap tadi dah letak. Tabur daun ketumbar sebagai hiasan dan aroma lagi padu dan bertambah sedap.
Baca juga :  Resepi untuk membuat Udang Masak Kari Kandar yang padu. Sedap geng!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.