Cara untuk membuat Dimsum Ayam yang sangat sedap dan menyelerakan. Mudah dan menjimatkan.


Kali ni kami nak kongsikan kepada anda resepi dan cara untuk membuat dim sum ayam sangat sedap dan mudah untuk disediakan oleh Puan Ieyrah Deqrah. Resepi-resepi dan caranya dalah seperti disetiap gambar ye. Selamat mencuba.

Isi ayam dicincang atau ditumbuk halus dicampurkan bersama 2 sudu tepung jagung, lobak merah dihiris halu, cili besar dicincang,telur ayam sebiji, lada hitam secukupnya, garam dan ajinomoto secukup rasa. Gaulkan kesemua bahan tadi sehingga sebati.

Untuk membuat Kulit Dim Sum. Kita perlukan Tepung Gandum 2 cawan, tepung ubi kayu 1 cawan, garam seckup rasa, minyak masak 2 sudu besar dan air panas. Kemudian ulikan adunan tadi sehingga menjadi doh. Warna boleh ikut suka anda nak letak warna atau tidak. Kemudian, buat keping-keping kecil dan letak isi ayam tadi.

Baca juga :  Cara untuk membuat Kerang Pedas Sos Tiram Berempah. Meratah macam tu je pun sedar-sedar dah habis.

Boleh tengok gambar diatas macamana saya letakkan inti/isi ayam dalam doh tadi. Jangan tengok pada rupa tau. Belum rasa belum tau kesedapannya nanti. Kemudian kukuskan dimsum mentah tadi selama lebih kurang 15 minit sehingga masak.

Bila dah siap dikukus. Boleh la dihidangkan. Makan panas-panas bersama sos pencicah memang sedap tau. Mudah kan nak buat. Selamat mencuba ya semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.