Cara untuk memuat kuih orang lama iaitu Kuih Kasui Pandan acuan lompang.

Antara kasui pandan dengan kasui gula merah, mana satu kegemaran korang? Kasui ni antara kuih yang agak simple untuk dibuat juadah petang-petang.

Jom kita tengok resepi dan cara untuk membuat Kasui Pandan oleh Dapur Kak Zura. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 3 cawan tepung gandum.
  • 2 cawan tepung ubi.
  • 1 sudu besar tepung jagung.
  • 2 cawan gula. Kalau tak nak manis boleh kurangkan.
  • 2 cawan air.
  • 3 hingga 4 cawan air pandan. Dikisar daun pandan dalam 8 helai kemudian tapis.
  • 1 sudu kecil kapur. Bukan air kapur tau.
  • Sedikit pewarna hijau.
Baca juga :  Cara dan Resepi Vadai Dal Sugu Pavithra

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Air dan gula dimasak sehingga larut kemudian sejukkan. Semua bahan-bahan diatas digaul rata hingga sebati bersama air gula tadi. Tapiskan atau nak kisar hingga halus pun boleh.
  2. Sapukan sedikit minyak dalam acuan yang nak digunakan. Kemudian tuangkan adunan hingga penuh atau 3/4 acuan.
  3. Pastikan air kukusan betul-betul mendidih. Kukuskan adunan dalam acuan tadi selama lebih kurang 20 minit.
  4. Tunggu sehingga sejuk baru keluarkan kuih dari acuan ya. Baru cantik. Boleh tabur atau gaul dengan kelapa putih.
  5. Siap dan sedia untuk dimakan bersama keluarga tersayang. Selamat mencuba.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kek Buah Bakar yang sangat gebu dan sedap. Kudapan anda sekeluarga yang mudah disediakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.