Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips. Setiap kunyahan pasti mengasyikkan di pagi lebaran kelak!

Alhamdulillah menjadi biskut cornflakes coklat chip. Resipi dari group ni juga. Terima kasih share ye Puan Annur Lawi dan Puan Syuhada Che Din.

Jangan derhaka dari resipi di bawah. Haha ikut sebiji sebiji tau. Selamat membiskut.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 250g buttercup atau boleh guna planta.
  • 1 cawan gula aicing.
  • 1 sudu kecil esen vanila.
  • 3/4 cawan tepung jagung.
  • 2 cawan tepung gandum.
  • Cornflakes secukupnya ( Cik tom letak dalam 3 cawan, kasi ramas sikit ye).
  • Chocolate chips.
  • Chocolate rice (optional).
  • Almond cincang (optional).

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Kacau sebati butter, gula aicing dan esen vanila. Guna senduk je. Jangan pukul sampai kembang.
  2. Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit ye. Tak payah ayak bagai. Kacau sebati. Adunan memang lembik ye, jangan panik.
  3. Masukkan cornflakes, chocolate chips dan almond, gaul sebati.
  4. Sudukan adunan atas loyang yang dah disapu butter/ planta. Nak cubit-cubit guna jari jemari pun boleh. Lepastu nak golek-golekkan dalam baki cornflakes yang ada pun terserah dong. Bisa aja.
  5. Jarakkan sikit ye, biskut akan mengembang. Tapi dia punya kembang tu biasa-biasa je sebab kita tak guna soda bikarbonat dan baking powder.
  6. Sebelum tu, boleh panaskan oven dulu ye dalam 5-10 minit. Kemudian baru boleh bakar biskut kita, suhu 160’c masa 20minit atau ikut oven masing-masing ye (api atas bawah).
Baca juga :  Resepi untuk membuat Biskut Sarang Semut kegemaran kita semua. Biskut popular di Hari Raya.

Mula-mula keluar dari ovan biskut memang lembut, lepastu baru akan keras. Sejukkan dulu baru susun dalam balang. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.