Dah cuba resepi ini? Moh la kita buat Nasi Ayam Hujan Panas. Konfem anda akan terpikat dengan rasanya yang sedap!

Alhamdulillah berkesempatan nurul kongsi Nasi Ayam hujan panas ni. Asalnya nak buat nasi minyak tapi anak-anak kurang suka pula lauk gulai makanya kita buat nasi ayam sambal masam-masam pedas ala chicken rice shop, kuah sup, ayam lembab garing digandingkan bersama salad segar. Alhamdulillah laku keras. Resepi ini adalah kepunyaan Puan Aisya Humaira. Selamat mencuba.

Bahan-bahan Nasi Ayam:

  • 3 cawan beras basmati.
  • 4 sudu besar penuh planta.
  • 4 ulas bawang putih. Jangan hiris.
  • 5 keping hirisan halia.
  • 1 biji bawang besar potong 6.
  • 3 helai daun pandan disimpul.
  • 2 kiub pati ayam adabi.
  • Air rebusan ayam secukupnya sukatan seperti masak nasi biasa.
  • Pewarna makanan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Bebola Fishcake yang mudah disediakan. Buat sup memang terbaik sangat!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Cairkan planta dan tumis bawang-bawang hingga layu.
  2. Masukkan beras, daun pandan, kiub pati ayam dan Air rebusan ayam campur air biasa secukupnya. Ukuran air seperti masak nasi biasa.
  3. Bila nasi dah masak terus titiskan beberapa titis pewarna yang disukai. Gemburkan nasi perlahan-lahan.
  4. Dah siap dan sedia untuk dihindang.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.