Kek Marjerin ni pastinya bakal mengamit kenangan lama anda. Kesukaan Mak Ayah kita dulu-dulu!

Nak tengok berapa ramai suka kek marjerin? kalau ramai suka saya share resepinya ni. Tak sangka ramai yg suka rupanya. Kek ni simple je bahan pun tak banyak. Jom la kita cuba. Resepi ini adalah kepunyaan Puan Ida Zaida. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 1/2 cawan gandum self raising flour yang di ayak atau tepung gandum ditambah 1 sudu kecil baking powder.
  • 1 cawan gula kastor.
  • 1 cawan marjerin.
  • 1 penutup esen vanilla.
  • 4 biji telur ayam.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Mix gula kastor dan marjerin bersama sehingga menjadi putih berkrim.
  2. Kemudian, masukkan esen vanilla. Lepas tu masukkan telur sebiji demi sebiji dalam adunan tadi sehingga habis.
  3. Masukkan tepung self raising atau tepung gandum sikit-sikit sampai sebati.
  4. Sapukan loyang dengan marjerin. Masukkan adunan tadi dan bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau mengikut oven masing-masing.
Baca juga :  Cara membuat Ketupat Pulut Hitam. Makanan yang disukai oleh semua orang!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.