Cara dan Resepi Kepak Ayam Bakar Madu

Mudah & Sedap! Masak Guna Kuali Je. Resepi Kepak Ayam Bakar Madu ni. Ia hanya menggunakan 5 bahan malah masak pun guna kuali je! Sangat mudah dan pasti menjadi rebutan anak-anak. Selamat mencuba!

Bahan-bahan yang diperlukan :

  • 10 kepak ayam.
  • 3 biji bawang putih.
  • 1 sudu makan madu.
  • 2 sudu makan kicap manis pedas.
  • 1 sudu makan sos tiram.
  • 3 sudu makan minyak.

Cara-cara memasak :

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau dan keperangan.
  2. Masukkan ayam dan masak sehingga bertukar warna jadi keperangan. Untuk lebih mudah, boleh guna kuali non stick.
  3. Masukkan kicap, sos tiram dan madu. Gaul rata dan masak sehingga kering dan likat. Guna api sederhana panas sahaja.
  4. Setelah ayam kelihatan bersalut sempurna dan sedikit garing, angkat. Siap untuk dihidangkan.
Baca juga :  Resepi Kepak Ayam Bersalut Kuning Telur Masin. Menu pembuka selera anda sekeluarga.

Maklumat tambahan :

Kalau tidak ada kicap pedas, boleh gunakan kicap manis. Kemudian tambah cili padi hiris, letak ikut citarasa anda. Guna kicap manis biasa sahaja jika anak-anak tidak makan pedas .

Kredit : Nana Sabrina Sarsan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.