Resepi dan Cara untuk membuat Keropok Lekor dari Megi

Keropok Lekor Megi ni memang sedap, ranggup dan tersangatlah layan. Dan yang paling peting mudah dan cepat untuk disediakan. Bahan-bahannya pun mudah untuk didapati dan murah. Kalau nak sediakan bagi 4 orang ke atas kena doublekan jumlah bahan ya.

Bahan A :

  • 1 bungkus maggi (rendam dan tos kan dahulu).
  • Perasa kari maggi.
  • 1 biji telur.
  • Sedikit perencah hilal (perisa makanan, kalau tak ada pon boleh).
  • Sedikit garam.

Bahan A diatas hendaklah di kisar sehingga halus ya.

Bahan B:

  • 6 sudu besar tepung ubi.
  • 2 sudu besar tepung gandum.
Baca juga :  Cara dan Resepi untuk membuat Solok Lada. Mau tambah nasik 2-3 pinggan nanti ni.

Cara-cara untuk menyediakannya:

  1. Gaul bahan A dan B sehingga tidak melekat dijari. Kalau melekat tambahkan tepung ubi.
  2. Uli doh panjang-panjang seperti keropok lekor.
  3. Didihkan air, masukan doh tunggu sehingga doh timbul dan angkat.
  4. Potong mengikut kesukaan anda dan goreng. Goreng dgn api yang perlahan tau.

Siap dan hidang. Boleh la fikir resepi lain pula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.