Cara untuk membuat Lasagna Roti yang terlajak sedap.

Cara untuk membuat Lasagna Roti yang terlajak sedap. Guna roti je, tak perlu dah kepingan lasagna. Mudah, murah dan sedap. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Mimie Ali. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 12 keping roti.
  • 3 biji telur.
  • 200 ml susu segar.
  • 8 keping keju.
  • 1 cawan Mozzarella cheese (diparut).
  • 1 cekak daun sup.
  • 1 biji cili merah (dihiris).
  • 4 sudu besar sos lada hitam.
  • 4 sudu besar sos tomato.
  • 300 gram daging cincang.
  • 3 ulas bawang putih (dicincang).
  • 1 biji bawang besar (dicincang).
  • 1 cubit garam dan gula.

Cara-cara penyediaan inti daging:

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau. Masukkan daging dan masak sehingga daging empuk.
  2. Masukkan sos lada hitam, sos tomato dengan sedikit air. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  3. Masukkan daun sup dan cili merah. Masak sehingga daging masak dan kering.
  4. Ketepikan dan biarkan inti daging sejuk.
Baca juga :  Resepi sarapan pagi yang mudah. Cara untuk membuat Roti Puri yang menyelerakan.

Cara-cara untuk menyediakan Lasagna Roti:

  1. Sapukan keseluruhan loyang dengan mentega. Pukul telur dan susu sehingga sebati.
  2. Celup roti ke dalam bancuhan susu tadi dan susun ke dalam bekas sehingga penuh. Tuangkan separuh dari inti tadi ke atas roti dan ratakan.
  3. Susun kepingan keju ke atas daging. Ulangi dan tambah lagi satu lapis roti dan daging.
  4. Akhir sekali, taburkan parutan keju Mozzarella di atas lapisan atas sekali. Jika ada lebihan telur, siramkan di atas roti.
  5. Bakar pada suhu 180ÂșC lebih kurang 40 minit.
Baca juga :  Cara untuk membuat Roti Goreng Sayur yang sedap. Sesuai untuk sarapan dan minum petang anda.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.