Mesti ramai suka Daging Dendeng ni kan? Jom kita buat sendiri. Pasti puas hati.

Mesti ramai suka Daging Dendeng ni kan? Jom kita buat sendiri. Pasti puas hati. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Qasih Jue Aisya. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1/2 kg Daging dipotong nipis.

Bahan A:

  • 1 labu bawang besar.
  • 4 biji bawang merah.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 1 inci halia.

Semua bahan A di mayang halus.

Bahan B:

  • 2 batang serai.
  • 3 helai daun limau purut.
  • Kulit kayu manis & bunga lawang.
  • 1 senduk cili blend.
  • 1/2 cawan kicap kipas udang.
  • Sedikit air asam jawa & air rebusan daging.
Baca juga :  Resepi Singgang Daging Original Kelantan. Menu yang pasti laku dan habis dulu ni nanti.

Cara-cara membuatnya:

  1. Daging potong nipis kemudian rebus. Bila dah lembut ambil anak lesung, tumbuk satu-satu hirisan daging tadi.
  2. Goreng daging yang dah siap ditumbuk tadi sebentar jangan terlalu lama nanti daging keras, taruh tepi.
  3. Tumis bahan A sampai kekuningan atau garing kemudian angkat.
  4. Guna minyak yang sama tadi tumis bahan B serai, bunga lawang & kulit kayu manis.
  5. Bila dah wangi masukkan cili blend dan sedikit air rebusan daging masak sampai terbit minyak.
  6. Masukkan kicap, air asam jawa daging, gula & garam kemudian masukkan Bahan A yang di goreng tadi.
  7. Kacau hingga masak dan dah siap.
Baca juga :  Resepi Diet Tauhu Kukus Lembut Super Sedap

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.