Penggemar Ayam Penyet. Ini Rahsia untuk jadikan sambal ayam penyet anda paling sedap dan terbaik!

Permintaan family kita repeat sekali lagi Nasi Ayam Penyet. Saya sertakan resepi Sambal Ayam Penyet padu yang mesti anda cuba. Boleh buat untuk stok simpan juga. Sangat mudah dan jimat masa anda nanti. Tak payah dah lauk lain. Makan dengan ayam ikan daging semua boleh. Terima kasih Puan Norzy Yusuff untuk resepi hebat ini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 3 Biji Bawang Besar dan 5 ulas Bawang Putih.
  • 10 biji cili api hijau dan 10 biji cili api merah.
  • 5 biji cili masak.
  • 3 biji tomato.
  • Belacan, Garam, Gula dan serbuk secukup rasa mengikut selera anda.
Baca juga :  Resepi Ayam Masak Masam Manis

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Gorengkan semua bahan diatas sehingga layu.
  2. Angkat dan sejukkan seketikan.
  3. Kemudian kisar kasar dengan Blender dan masakkan kembali ke dalam kuali. Perasakan dgn garam, gula dan cukup rasa.

Dah siap. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.