Pernah rasa kuih ni? Noor Suhaida Berkongsi Resepi Cucur Jawa beserta tips membuatnya.

Pernah rasa kuih ni? Noor Suhaida Berkongsi Resepi Cucur Jawa yang senang untuk disediakan. Menurut beliau resepi ni adalah olahan beliau sendiri. Pastinya resepi ini bakal menghasilkan cucur jawa yang mantap dan sedap. Selamat mencuba semua.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 4 cawang tepung gandum.
  • 2 cawan tepung beras.
  • 1 setengah cawan gula merah.
  • 1 setengah cawan gula putih.
  • Garam halus 1 sudu besar.
  • Air 3 cawan lebih atau 3 cawan suku.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Gaul sebati semua bahan-bahan diatas kemudian tapiskan dan perap semalaman adunan tadi. Jangan perap dalam peti ais pula ye. Perap dalam suhu bilik je.
  2. Masa nak goreng nanti pastikan jangan guna minyak banyak sangat. Kawal api ya, jangan kuat sangat juga dan tak boleh perlahan sangat. Sedang-sedang je api tu.
  3. Kalau waktu nak menggoreng tu adunan tu turun pekat je dan tak jadi bulat elok, tambah air dalam adunan 2 atau 3 sudu bagi dia turun lembut je.
  4. Cucur jawa ni dia renyah sikit tapi hasilnya memang memuaskan. Practice make perfect!
Baca juga :  Cara untuk membuat Mi Hailam yang istimewa dan sedap. Kuahnya Padu dan enak untuk menu berbuka anda.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.