Resepi Ayam Goreng Serai Thai yang sangat padu. Menu pasti habis dulu ni kalau ada!

Tak boleh naK berenti makan. Yang penting makan bersama sayur kailan belacan dan telur mata kerbau ianya sudah mencukupi untuk menikmati KESEDAPANNYA. Terima kasih Puan Nurul Ateekah untuk resepi paling padu dan sedap ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 500 gram isi ayam dipotong kecil dan dicuci bersih.
  • 2 batang serai (dipotong 2 cm dan ditumbuk hancur mengunakan lesung batu).
  • 2 sudu besar sos tiram.
  • 1 sudu besar sos ikan.
  • 1 sudu kecil gula.
  • 2 sudu besar tepung jagung.
  • 5 helai daun limau purut dihiris.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ayam Goreng Cili Padi. Mudah dan ringkas untuk disediakan.

Bahan ditumbuk atau dikisar halus tanpa air:

  • 2 akar ketumbar.
  • 2 sudu besar lada hitam.
  • 5 ulas bawang putih.

Cara-cara penyediaan dan memasak:

  1. Sediakan mangkuk atau bekas. Kemudian, masukkan ayam dan kesemua bahan termasuk bahan kisar kecuali daun limau purut. Gaul sebati dan perapkan paling kurang 30 minit. Lagi lama lagi sedap.
  2. Panaskan minyak agak-agak boleh tenggelamkan ayam apabila digoreng nanti.
  3. Masukkan ayam dalam kuali panas dan goreng sehingga keperangan. Apabila ayam sudah masak, angkat dan masukkan ke dalam bekas serta taburkan daun limau purut yang telah dihiris tadi. Ratakan ayam bersama daun limau purut.
  4. Siap untuk dihidang.
Baca juga :  Cara-cara untuk membuat Kek Coklat Moist Kukus. Anak-anak pasti memuji anda selepas merasai kesedapannya!

Selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.