Resepi Ayam Goreng Seringgit yang popular. Mudah rupanya nak buat ayam goreng garing ni!

Cara dan resepi untuk membuat Ayam Goreng Seringgit yang sedap. Maaf kalau ada salah silap dan kekurangan ya. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Ayam seekor di potong 22-24 bahagian.
  • Bawang putih 5 ulas.
  • 1 biji Bawang besar saiz kecil.
  • 1 inci Halia.
  • 1 sudu kecil Lada hitam.
  • 1 sudu kecil Lada putih.
  • 1 sudu besar Serbuk kari.
  • Sedikit Garam dan serbuk perasa adabi.

Kisar semua bahan diatas sehingga halus dan perapkan pada ayam. Biarkan seketika. Bagi resepi untuk membuat Tepung Salut Ayam pula, sedikan bahan-bahan dibawah ini. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Murni Rahmat memandangkan beliau juga adalah seorang peniaga Ayam Goreng Seringgit. Terima kasih puan.

  • 1 cawan Tepung Bestari Pedas.
  • 2 cawan tepung gandum.
  • 1 sudu besar tepung ubi / beras.
Baca juga :  Cara Untuk Membuat Kimchi

Cara-caranya menyediakannya:

  1. Perapkan ayam dengan bahan yang dikisar tadi dan tambahkan sedikit tepung bestari kering sebanyak 3 sudu besar dan perapkan .Sediakan 1 bekas untuk mengaul ayam dan tuang sedikit tepung ke dalam bekas tersebut.
  2. Masukkan ayam dalam 5 hingga 6 ketul.
  3. Sendukkan tepung salut ke atas ayam tadi.
  4. Gaul tepung pada ayam (ramas-ramas sedikit).
  5. Bila tepung dah salut elok bersama ayam, gorengkan ayam pada minyak yang sederhana panas. Boleh salut 2 kali untuk kesan lebih rangup.
  6. Goreng ayam dalam minyak yang banyak (deep fry).  Biar ayam tenggelam dalam minyak ketika digoreng. Untuk jimat minyak boleh pakai periuk kecil.
  7. Tutup periuk semasa goreng ayam dan buka penutup diminit terakhir sebelum ayam masak. Cara ini akan buat ayam rangup diluar dan berjus didalam.
  8. Hidangkan panas-panas dan makan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ayam Masak Madu yang tersangat mudah. Kegemaran anda seisi keluarga.

Selamat mencuba semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.