Resepi Bengkang Ubi

Jiran belakang rumah bagi ubi kayu. Maka terjadi la kuih bengkang ubi kayu ni. Saya kongsikan resepinya untuk anda semua cuba. Share ye jika bermanfaat. Selamat mencuba.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Siti Hadirah. Terima kasih.

Bahan yang diperlukan adalah:

  • 6 cawan ubi kayu dikisar dan diperah airnya.
  • 2 cawan santan pekat.
  • 2 cawan air biasa.
  • 2 cawan gula atau mengikut kemanisan yang anda nak.
  • Secubit garam.
  • Pewarna kuning.
  • Sagu ubi.

Air perahan ubi tadi jangan buang. Simpan dalam bekas lain dan biarkan sebentar. Nanti dibawah air tu akan ada mcm tepung yang kita panggil sebagai sagu ubi.

Baca juga :  Cara untuk membuat Kuih Bengkang Ubi Kayu

Cara untuk membuatnya:

  1. Masukkan kesemua bahan tadi kedalam 1 bekas dan kacau hingga sebati.
  2. Panaskan oven. Sapu loyang dengan sedikit marjerin atau minyak.
  3. Bakar pada suhu 190 darjah selama 1 jam atau sehingga masak.

Siap untuk dihidangkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.