Resepi Buttermilk Chicken Yang bakal menaikkan selera anda seisi keluarga.

Sedapnya Buttermilk chicken ni kalau dapat makan waktu tengahari ni. Nasib la Puasa kalau tak dah start kereta makan kat kedai. Tapi jangan risau, kami kongsikan kepada anda resepi untuk membuatnya. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • 2 keping isi ayam (telah dipotong kecil).
  • 3 sudu besar tepung bestari.
  • Sedikit air.

Gaulkan isi ayam yang telah dipotong kecil tadi bersama-sama tepung bestari dan sedikit air hingga rata. Kemudian perapkan ayam yang telah disalut oleh tepung tadi selama lebih kurang 10 minit dan goreng hingga kuning keemasan. Ketepikan.

Baca juga :  Cara lengkap untuk membuat Sotong Masak Buttermilk yang padu dan sangat nikmat.
Sumber gambar adalah hasil daripada carian Google

Bahan untuk membuat sos buttermilk pula adalah:

  • 3 atau 4 sudu besar butter.
  • 1 keping cheddar cheese.
  • ½ tin lebih sikit susu cair.
  • 1 kiub ayam Knorr.
  • 1 atau 2 sudu besar susu pekat manis (optional).
  • 1 tangkai daun kari.
  • 3 – 4 ulas bawang putih (dicincang halus).
  • Cili padi dihiris halus.

Cara-cara penyediaan sos buttermilk:

  • Panaskan butter sehingga cair. Kemudian tumis bawang putih, cili padi dan daun kari sehingga wangi. Masukkan susu cair dan susu pekat manis.
  • Tambah sedikit air dan kiub ayam knorr. Kemudian masukkan cheese. Biarkan cheese tersebut mencair.
  • Akhir sekali masukkan ayam yang dah siap digoreng tadi. Kacau rata. Jika dah cukup tahap kemasinan tak perlu tambah garam. Siap untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.
Baca juga :  Cara untuk membuat Tortilla Ayam yang rangup
Sumber gambar adalah hasil daripada Rozmaliza Omar

*Resepi asal ini disumbangkan oleh Puan Rozmaliza Omar melalui Facebook Masak Apa Hari Ni dan disunting bagi penyesuaian pembacaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.