Resepi Daging Masak Hitam yang sedap sehingga menjilat jari

Kmai kongsikan kepada anda Resepi Daging Masak Hitam yang sedap. Boleh dijadikan menu anda untuk makan tengahari ataupun malam. Cubalah.

Bahan-bahannya:

  • Bawang merah dan Bawang putih (kisar).
  • Halia (kisar).
  • Buah keras (tumbuk).
  • Kulit Kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
  • 5 sudu besar serbuk cili (kasar) *boleh di beli di jusco Aeon atau Mydin atau kedai rempah.
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis.
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih.
  • 2 sudu besar serbuk ketumbar.
  • 3/4 cawan susu cair.
  • kicap hitam dan kicap manis.
  • Gula tebu atau gula perang atau gula pasir.
  • Garam.
  • Minyak untuk menumis.
  • 1kg daging batang pinang dan sedikit lemak lembu.
Baca juga :  Cara-cara untuk membuat Kuih Lepat Liat. Kuih Tradisional terbaik sepanjang zaman!

Cara memasaknya:

  1. Mula-mula panaskan kuali. Tumiskan 3 sekawan, kemudian masukkan bahan kisar. Biar sampai wangi, masukkan serbuk cili kasar, jintan manis, jintan putih dan serbuk ketumbar.
  2. Masukkan juga buah keras yang ditumbuk lumat, tambahkan air sedikit di dalam kuali.
  3. Bila dah pecah minyak, maknannya dah agak garing masukkan daging, gula, dan susu cair.
  4. Biar kan kering, tambah air jika belum empuk dan letakkan kicap hitam dan kicap manis.
  5. Siap sedia untuk di makan.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Amelia Tamby Hussin. Terima kasih.

Baca juga :  Mesti ramai suka Daging Dendeng ni kan? Jom kita buat sendiri. Pasti puas hati.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.