Resepi dan cara lengkap untuk membuat Nasi Dagang termasuk Gulai Ikan Tongkol / Ikan Aya dan Acar Sayur.

Gulai ikan tongkol makan dengan Nasi Dagang. Ikan saya dah rebus empat hari dah. Tiap-tiap hari saya panaskan. Nak bagi isi ikan tu rasa masam-masam manis masin. Ambil masa yang lama untuk masak tapi percayalah hasilnya pasti berbaloi-baloi. Kalau nak makan nasi dagang untuk breakfast, kuah dia perlu buat sebelah malam, baru rasa “jeliro”.

Boleh tambah telur rebus juga. Ada yang suka makan Nasi Dagang dengan gulai telur rebus. Terima kasih kepada Puan Rozmaliza Omar kerana berkongsi resepi lengkap ini.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk Nasi:

  • 4 cawan beras .
  • 1 cawan beras pulut.
  • 3 cawan santan cair ditambah sedikit gula dan garam.
  • 1 1/2 cawan santan KARA ditambah sedikit garam.
  • 1 sudu besar halba.
  • 5 ulas bawang merah.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 1/2 inci halia di mayang halus.



Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Beras dicampur bersama dengan beras pulut dan direndam semalaman. Kalau tak sempat 2 hingga 4 jam pun ok. Kukus beras bercampur tadi selama 20 minit.
  2. Angkat dan kaup semua nasi dalam bekas besar, gaulkan dengan santan cair sehingga rata. Biar seketika hingga santan meresap. Elok habiskan semua santan cair. Biar sekejap kemudian kukus semula selama 20 minit lagi.
  3. Hiris bawang merah, putih dan halia halus-halus. Masukkan kedalam santan pekat. Panaskan sekejap atas api. Jangan sampai mendidih. Ni tip untuk elakkan nasi cepat basi.
  4. Angkat nasi utk kali kedua dan arunkan dengan santan pekat hingga rata. Tak perlu habiskan jika nasi nampak sudah elok lembutnya.Kukus sekejap dalam 20 minit lagi.
  5. Angkat dan boleh dihidangkan.
Baca juga :  Resepi Spageti Carbonara Creamy

Bahan-bahan yang diperlukan untuk Gulai Ikan Tongkol /Ikan Aya:

  • 1 ekor ikan aya hitam direbus bersama asam keping dan garam.

Saya rebus 4 hari sebelum bergulai, tiap-tiap hari saya panaskan. Jangan buang air rebusan ikan.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk gulai:

  • 1 sudu serbuk ketumbar.
  • 1/2 sudu serbuk jintan manis.
  • 1/2 sudu serbuk jintan putih.
  • 2 hiris lengkuas .
  • 1 hiris halia.
  • 1 biji bawang besar**.
  • 3 ulas bawang putih**.
  • 3 sudu cili mesin.
  • 3 sudu besar rempah gulai cap ros.
  • 2 sudu besar rempah daging adabi.
  • 500 ml santan kotak.
  • 1 batang kulit kayu manis.
  • 1 sudu kerisik.
  • Sedikit belacan.
  • 4 keping asam keping.
  • 1 keping besar gula nisan.
  • 10 biji cili padi.
  • Sedikit garam.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Kisar bahan-bahan yang bertanda ** dan tumiskan bahan-bahan tersebut sehingga wangi dan kuning. Masukkan serbuk jintan putih, jintan manis, serbuk ketumbar, rempah gulai cap bunga ros, serbuk kari daging adabi, cili mesin dan kulit kayu manis.
  2. Masukkan santan biarkan mendidih. Masukkan sedikit garam, asam keping dan gula nisan. Sesuaikan dengan rasa.
  3. Masukkan air rebusan ikan tadi dan juga ikan yang di rebus. Biarkan merenih dalam ½ jam. Masukkan cili padi.
  4. Masak sebentar dan bila dah puas hati angkat dan bolehlah dihidang. Kalau mahu kuah pekat masak lama. Siap!
Baca juga :  Resepi Nasi Goreng Udang Kering. Sarapan anda pasti menyelerakan!



Cara untuk membuat Acar Timun:

  • Timun.
  • Carrot.
  • Cili Merah.
  • Bawang besar holland.

Semua bahan diatas dihiris secara memanjang.

  • 1 sudu gula .
  • 1 sudu garam.
  • 1 sudu cuka.

Gaul sebati kesemua bahan dan sesuaikan rasa sebelum dihidang.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.