Resepi dan Cara memasak Lala Kam Heong yang sedap dan mudah

Resepi Lala Kam Heong sedap dan mudah! Fav resepi yg selalu kawan berbangsa cina ajarkan! Nyum.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1/2 kg Lala.
  • 1 sudu besar udang kering ( cincang ).
  • 1 sudu kecil bawang putih ( cincang ).
  • 1 sudu kecil bawang merah ( cincang )
  • 6 tangkai cili kering ( potong halus ).
  • Beberapa tangkai daun kari.
  • 1 sudu besar rempah kari ikan – jadikan pes.
  • 1 biji bawang besar ( potong besar ).
  • 1 sudu besar kicap.

Cara-cara memasaknya:

  1. Panaskan minyak.
  2. Masukkan udang kering, bawang kecil dan bawang putih. Goreng sampai naik wangi.
  3. Kemudian masukkan daun kari dan cili kering.
  4. Masukkan pes kari ikan tadi. Goreng sampai wangi.
  5. Letakkan garam, gula dan serbuk perasa mengikut kehendak anda.
  6. Masukkan lala dan bawang besar tadi.
  7. Goreng sehingga anda rasa lala masak.
  8. Masukkan kicap dan gaulkan sekali lagi.
Baca juga :  Resepi Nasi Goreng Tomyam Mudah dan Sedap. Menu terbaik untuk seisi keluarga.

Resepi ini telah dikongsinkan kembali oleh Page Resepi Paling Sedap. Terima kasih.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.